My Add

Thursday, 27 September 2012


KPDNKK kukuhkan kerjasama pembangunan sektor koperasi

*ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Saripuddin Kasim (kiri) dengan Timbalan Menteri Perancangan dan Pelaburan Vietnam, Dang Huy Dong di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, RABU, 26 September, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus mengukuhkan kerjasama dengan koperasi-koperasi di rantau ini dengan menyasarkan sumbangan sebanyak 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mencapai sasaran itu tiga fokus utama akan dilaksanakan iaitu kerjasama strategik perniagaan; pertukaran maklumat dan kepakaran; kajian dan rundingan serta latihan dan aktiviti berteraskan pengetahuan.

Menurut beliau, Vietnam merupakan negara pertama yang bersetuju bekerjasama dengan Malaysia dalam meneroka pembangunan sektor koperasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment