My Add

Monday 24 September 2012

KPTM akan tamatkan kursus tidak penuhi pasaran

KOTA BHARU, ISNIN, 24 September, 2012: Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) akan menamatkan mana-mana kursus yang dianggap tidak lagi bersesuaian dalam memenuhi pasaran pekerjaan pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yussoff Harun berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan graduan dihasilkan KPTM menepati kebolehpasaran pekerjaan sebagaimana ditetapkan oleh pihak majikan.

"Mana-mana kursus yang tidak lagi releven dengan pasaran pekerjaan kita akan batalkan. Ini bagi memastikan graduan yang dihasilkan mampu mendapatkan pekerjaan sejurus tamat pengajian.

"Selain itu, kita turut bekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran secukupnya sebelum mereka melangkah keluar dari KPTM agar mereka tidak kekok sebaik sahaja masuk ke alam pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Kecemerlangan Pelajar KPTM Kota Bharu di sebuah hotel di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment