My Add

Sunday 23 September 2012

Kumpulan bertopeng rompak kapal minyak

JOHOR BAHRU, AHAD, 23 September, 2012: Sekumpulan lapan lelaki bertopeng, yang bersenjatakan parang dan sepucuk pistol, merompak sebuah kapal minyak di Perairan Tanjung Piai di sini pada 10.30 malam, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.45 malam.

"Bertindak atas maklumat, kita telah mengarahkan sebuah bot yang sedang beroperasi di kawasan itu agar ke lokasi kejadian.

"Setelah bot APMM merapati kapal tersebut, perompak terbabit berjaya melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal APMM mendapati suspek yang menggunakan sebuah bot kayu berbumbung, telah menaiki MT Bintang melalui haluan kapal.

Katanya, suspek menyerang petugas bilik jentera dan mengikat semua kru, yang terdiri daripada 14 warga Myanmar dan dua Sri Lanka berusia lingkungan 23 hingga 55 tahun, sebelum melarikan beberapa telefon bimbit, komputer riba dan wang tunai.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment