My Add

Thursday 27 September 2012

Kutipan cukai bergantung kepada kestabilan politik

BENTONG, RABU, 26 September, 2012: Kestabilan politik merupakan elemen penting bagi memastikan kutipan cukai terus meningkat setiap tahun kerana hanya dengan cara itu aktiviti perniagaan dapat berkembang, sekali gus memastikan hasil negara dapat menampung perbelanjaan untuk rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, justeru, selagi mana kestabilan politik negara berterusan, LHDN yakin sasaran kutipan hasil sebanyak RM110 bilion yang ditetapkan kerajaan tahun ini mampu dicapai malah ia mungkin melebihi jumlah berkenaan.

“Berdasarkan prestasi tahun lepas dan perkembangan semasa dalam negara, saya amat yakin kita mampu mencapai angka yang disasarkan kerajaan tetapi dengan syarat keadaan politik perlu stabil.

“Banyak negara yang jatuh apabila hasil negara tidak cukup seperti Greece dan beberapa negara Arab yang kerajaannya terpaksa berhutang dan apabila itu berlaku, perkembangan ekonomi tersekat dan hasil terus merosot. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment