My Add

Thursday 20 September 2012

Ladang Rakyat Terengganu catat untung tertinggi
 Ahmad Said
KUALA TERENGGA 2012: NU, 19 September, Syarikat perladangan di bawah kerajaan negeri Terengganu, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB), telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011, apabila mencatat keuntungan bersih sebelum cukai berjumlah RM48.10 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata keuntungan itu mengatasi keuntungan bersih sebelum cukai RM12.53 juta pada tahun sebelumnya.

Sekaligus, peningkatan RM35.57 juta berbanding 2010 itu menjadikan keuntungan yang dicatat bagi tahun kewangan 2011 adalah yang tertinggi sejak penubuhan LRTSB pada 1977, katanya.

"Dengan modal berbayar RM24.58 juta dan keuntungan terkumpul sebanyak RM127.47 juta, ekuiti pemegang saham pada 31 Dis, 2011 kini berjumlah RM152.05 juta."

"Berdasarkan kedudukan prestasi syarikat yang memberangsangkan itu, para pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-34 pada April lepas telah meluluskan perisytiharan dividen pada kadar 43.25 peratus iaitu bersamaan dengan RM7.97 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengagihan dividen kepada pemegang saham LRTSB, Terengganu Incorporated berjumlah RM3.399 juta, Ketengah Holding (RM3.049 juta) dan Kumpulan Ladang-ladang Terengganu (RM1.524 juta).

Ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan turut bersetuju untuk menyumbang RM1 juta sebagai sumbangan tanggung jawab sosial korporat kepada Tabung Darul Iman.

Semua dividen dan sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi LRTSB Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid kepada pemegang saham serta disaksikan oleh Ahmad.

Ahmad berkata, bagi tahun kewangan 2012, unjuran keuntungan syarikat berada sekitar RM27.0 juta hingga RM30.0 juta.

Keluasan kawasan berhasil LRTSB pada 2011 ialah 7,625 hektar manakala pengeluaran buah tandan baru (BTB) LRTSB setiap hektar ialah 18.95 tan metrik (MT) manakala kadar perahan minyak sawit mentah (MSM) pula 20.30 MT. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment