My Add

Monday 24 September 2012

Laporan Audit Negara 2011 dibentang selepas Bajet 2013

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 September, 2012: Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 hanya akan dibuat di Dewan Rakyat seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 yang dijadual Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kelewatan itu bagi memberi peluang wakil rakyat membahaskan dengan terperinci Bajet 2013.

"Ia akan memberi peluang kepada ahli-ahli dewan lebih fokus membincangkan bajet tanpa mencampur adukkan dengan laporan audit," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.  - BH


No comments:

Post a Comment