My Add

Tuesday 25 September 2012

Laporan lengkap biaya dana asing kepada Peguam Negara 2 minggu lagi

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menghantar laporan lengkap siasatan berhubung kemasukan dana asing kepada syarikat atau organisasi tempatan kepada Peguam Negara dalam tempoh dua minggu lagi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Doland Lim Siang Chai berkata, walaupun laporan telah lengkap, mereka memerlukan pengesahan beberapa pihak memandangkan ianya melibatkan organisasi asing. 

"Sebarang kes (dalam undang-undang yang dikawal selia BNM), aspek yang dikaji dan akan disiasat adalah sama ada wang haram atau penggubahan wang.

"Jadi, peguam kita akan lihat sama ada wujud perkara ini untuk melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Lim mengulas penyaluran dana asing kepada badan bukan kerajaan seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Katanya, sebarang bentuk tindakan lanjut hanya akan diambil oleh Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan turut menyatakan bahawa BNM telah pun mempunyai jawatankuasa khas untuk menyiasat mana-mana aktiviti penyaluran dana asing ke negara ini.

"(Jika betul) Sebarang dana asing yang diterima oleh mana-mana pihak dengan niat tertentu seolah-olah satu perbuatan untuk mensabotaj negara," katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment