Lelaki maut ditetak 3 lelaki di rumahnya
SEREMBAN, KHAMIS, 20 September, 2012: Seorang lelaki maut selepas ditetak dengan parang oleh tiga lelaki di rumahnya di Taman Bukit Tampin, dekat sini malam tadi.
M. Sivabalan, 42, yang cedera parah di kepala, disahkan mati sejurus selepas tiba di Hospital Tampin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 11.15 malam itu, tiga lelaki memasuki rumah mangsa dan memukul serta menetak mangsa menggunakan parang.
"Tiga lelaki terbabit ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta dan motosikal. Ketika itu mangsa berada di rumah itu bersama isterinya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, polis telah mengenalpasti ketiga-tiga lelaki terbabit dan mereka disyaki turut terlibat dalam dua lagi kejadian serangan yang menyebabkan kecederaan kepada tiga mangsa lain.— BERNAMA
No comments:
Post a Comment