My Add

Friday 21 September 2012

Lima maut, 40 cedera letupan bom di pasar Thailand

SAI BURI (Thailand), JUMAAT, 21 Sepember, 2012:: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan hampir 40 cedera dalam kejadian letupan bom kereta di pasar yang padat dengan pengunjung, selatan Thailand, hari ini.

“Setakat ini lima maut termasuk seorang renjer separa tentera dan empat orang awam,” kata seorang pegawai hospital daerah Sai Buri di sini sebentar tadi.
Beliau berkata, 14 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, polis tempatan mengesahkan angka kematian itu dan berkata, 37 cedera di mana 25 daripadanya terdiri daripada orang awam. - AFP

No comments:

Post a Comment