My Add

Saturday 22 September 2012

Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon

SHAH ALAM, JUMAAT, 21 September, 2012: Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 21 Mei tahun lalu, dipercayai menjadi pusat penyebaran ajaran sesat yang dikenali sebagai Juruzon.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) berkata, perkara itu terbongkar selepas kejadian tanah runtuh tersebut yang telah mengorbankan 16 pelajar madrasah berkenaan.

Menurutnya, selepas siasatan dilakukan, Juruzon juga telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Selangor.

“JAIS juga telah bertindak menghentikan segala sumbangan kepada madrasah berkenaan dan pihak Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) jabatan masih membuat pemantauan ke atas ajaran itu dan kesemua bekas pelajar di madrasah berkenaan.

“Pihak penguat kuasa JAIS kini hanya menunggu laporan R&D bagi tindakan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment