My Add

Friday 21 September 2012

Malaysia di landasan tepat capai negara berpendapatan tinggi: PM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 September, 20112: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembaharuan dalam Program Transformasi Ekonomi meletakkan Malaysia di landasan tepat menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, komitmen dan profesionalisme ditunjuk golongan peniaga turut memacu ekonomi negara sekali gus memperlihatkan pendekatan dilakukan kerajaan berjaya. 

"Pada masa pelabur dan peniaga bimbang dengan ketidaktentuan, kita berjaya mengurangkan risiko politik dan mentadbir secara telus dan akauntabiliti.

"Semua ini dicapai tanpa mengorbankan kehendak rakyat, ia dicapai secara bersama dengan mereka. Pendekatan kita bukan hanya untuk ekonomi tetapi juga untuk masyarakat, perpaduan antara kita dan rakyat untuk membina masa depan yang lebih gemilang," katanya pada majlis pelancaran prospektus Astro Malaysia Holdings Berhad di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment