My Add

Wednesday 26 September 2012

Mansor gagal berdolak-dalik lagi

PULAU PINANG, SELASA, 25 September, 2012: Meskipun rakaman percakapannya didedahkan oleh televisyen malam tadi, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman masih cuba menafikan beliau pernah menggelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai 'sombong dan angkuh'.

Beliau pada mulanya cuba menjauhi pihak media yang memang menantikan kehadirannya pada satu majlis di sini tetapi gagal berbuat demikian selepas 'ditahan' oleh para pemberita.

Ketika ditanya mengenai rakaman tersebut, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu menafikan bercakap sedemikian.

Beliau juga enggan mengulas sama ada rakaman berkenaan tulen dan suara dalam rakaman itu miliknya.

"Apa yang saya boleh jawab adalah pilihan raya sudah dekat, itu sahaja yang saya boleh cakap," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan projek pembinaan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu fasa ketiga, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment