My Add

Sunday 23 September 2012

Maybank kumpul 18,000 kakitangan jayakan Hari CSR Global 2012
*PETUGAS Maybank melakukan aktiviti urut kaki untuk tujuan amal pada Program Hari CSR 2012 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, SABTU, 22 September, 2012: Maybank berjaya mencipta rekod tersendiri apabila 18,000 kakitangannya di seluruh rangkaian antarabangsa bersatu menjayakan Hari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Global 2012 hari ini.

Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank, Mohd. Hanif Suadi berkata, sambutan itu merupakan inisiatif tanggungjawab korporat yang terbesar pernah dilaksanakan oleh syarikat Malaysia di peringkat dunia pada masa dan tarikh sama.

"Kami berpuas hati dapat menjayakan sambutan Hari CSR Global ini kerana banyak aktiviti yang diatur untuk memberi impak kelainan dalam tanggungjawab sosial dan pada masa sama, ia memberi manfaat kepada masyarakat." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment