My Add

Monday 24 September 2012

Minta PDRM masuk Bajet 2013
*HISHAMMUDDIN Tun Hussein ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota di Dewan Tertutup Sukpa, Kuantan, Pahang, semalam. - BERNAMA
Oleh ZAMZURINA AHMAD
KUANTAN, AHAD, 23 September, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap kertas cadangan bagi memperkasakan pasukan keselamatan negara terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat dipertimbang dan dimasukkan dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kertas cadangan tersebut telah dihantar untuk penilaian dan beliau berharap mendapat pertimbangan sewajarnya.

"Saya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan mengenai penambahan anggota dan memperbaiki skim perjawatan dalam PDRM.

"Penambahan anggota ini penting bagi meneruskan kesinambungan kejayaan PDRM mengurangkan kadar jenayah dan ia termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti ditetapkan kerajaan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment