My Add

Monday 24 September 2012

MP Pas bawa usul bincang Innocence of Muslims ke Parlimen

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 September, 2012: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membawa usul meminta persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan isu Innocence of Muslims yang mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam sejak awal bulan ini.

Dalam usulnya, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merunding dan membincangkan (isu berkenaan) filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW," kata beliau dalam usul yang dikemukakan kepada Speaker Parlimen.

Katanya, "sudah hampir dua minggu satu isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW berikutan penerbitan sebuah filem pendek yang dikeluarkan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, yang bukan sahaja dibantah oleh orang Islam, tetapi ia turut dibantah oleh orang bukan Islam."

Salahuddin menambah, isu kepada kemarahan umat Islam adalah terterbitnya filem tersebut yang menyinggung perasaan dan sensitiviti agama Islam kerana menyentuh Nabi Muhammad SAW.

"Dan, oleh kerana ia boleh mencetuskan ketegangan agama antara masyarakat yang bukan Islam sama sekali, satu tindakan peringkat antarabangsa perlu dilakukan dengan mengambil tindakan terhadap penerbit dan pengarah filem tersebut di mana negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat dan kerana sehingga kini satu desakan tidak dilakukan bagi menyatakan bantahan rasmi negara-negara Islam dan terutamanya Malaysia.

"Oleh yang demikian, saya meletakkan kesungguhan Malaysia melalui Parlimennya untuk menyuarakan bantahan rasmi seterusnya memberikan notis batahan kepada Amerika Syarikat," katanya lagi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment