My Add

Friday 14 September 2012

Muhyiddin beri ucapan dasar di Forum Ekonomi China Dunia

Tan Sri Muhyiddin Yassin
MELBOURNE, JUMAAT, 14 September, 2012:: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Pertama Majlis China bagi Mempromosi Perdagangan Antarabangsa, Zhang Wei adalah antara tokoh yang akan menyampaikan ucapan dasar pada Forum Ekonomi China Dunia Keempat di sini pada November.

Melbourne akan menjadi tuan rumah forum yang berlangsung pada 12 dan 13 November itu, yang turut dihadiri lebih 500 peserta dari 25 negara.

Forum itu yang akan dihadiri pemimpin kerajaan, perniagaan dan golongan pemikir, akan membincangkan kebangkitan China dan hubungan ekonomi China dengan jiran-jirannya di Asia Tenggara, India, Australia dan Timur Tengah.

Dianjurkan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), forum itu adalah acara utama nasional dan perniagaan antarabangsa utama yang akan menyediakan peserta dengan maklumat mengenai isu-isu utama yang dapat membentuk hubungan masa depan dengan China selain menggalakkan dan memudahkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap China dan implikasi serta peluang untuk ekonomi global dan serantau.

Perdana Menteri Australia, Julai Gillard dalam prakatanya menyebut: "Forum Ekonomi China Dunia menyediakan ruang untuk kerajaan, perniagaan dan industri membincangkan peluang-peluang yang muncul hasil pertumbuhan China dan hubungannya dengan jirannya di Asia Tenggara dan Australia."

Sambil menyuarakan sokongan terhadap forum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata: "Forum Ekonomi China Dunia menyediakan ruang bermakna untuk bertukar-tukar pandangan dan idea selain memperkukuh usaha sama perniagaan dan rantaian."

Pengerusi Forum Ekonomi China Dunia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Dr Michael Yeoh berkata, platform utama yang luas dan program perbincangan panel forum itu yang termasuk menteri, pemimpin industri, usahawan terkemuka, cendekiawan, penyelidik dan pemimpin korporat, yang disusun dengan teliti bagi menjana perbincangan dan perbahasan mengenai isu-isu kepentingan strategik yang akan membentuk hubungan masa depan dengan China.

Yeoh berkata, forum itu akan berusaha untuk memprompsi Jalan Sutera Alaf ke-21 atau Koridor Ekonomi moden yang menghubungkan China melalui Asia Tenggara, Australia dan India ke pasaran Timur Tengah dan seterusnya.

Gabenor Victoria Alex Chernov dan Ketua Menteri Ted Baillieu masing-masing akan menyampaikan ucapan aluan dan pembukaan pada forum itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah antara anggota panel forum bertajuk "China dan Dunia: Merealisasikan Peluang-peluang Menerusi Usaha sama dengan China.

Maklumat mengenai forum itu boleh didapati di www.wceforum.org.  -BERNAMA

No comments:

Post a Comment