My Add

Wednesday 26 September 2012

Muhyiddin lawat Ketua Pemuda UMNO Kepong yang ditikam

KUALA LUMPUR, RABU, 26 September, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali yang dirawat di Hospital Ampang di sini selepas parah ditikam dalam kejadian tiga hari lalu.

Muhyiddin yang tiba pada jam 11 pagi, meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanya khabar dengan isteri Norizan, Datin Roslinda Kamaruddin di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut. 

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Norizan diserang berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang ditemui pemberita, berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis telah merakam keterangan daripada 10 saksi.

Beliau berkata, antara yang diambil keterangan ialah isteri mangsa, sahabat serta jiran terdekat yang ternampak insiden itu.

"Motif kejadian masih disiasat dan agak sukar untuk menentukannya kerana kes dilihat mempunyai motif yang pelbagai," katanya. - BERNAMA

1 comment:

  1. semoga saudara norizan cepat sembuh,insyaALLAH. dan tak lupa AL-FATIHAH buat AYAHNDA TIMB.KETUA UMNO BHGN KPNG,SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT.AMIN..orang sakit datang melawat , orang meninggal buat tak tahu je...masyaALLAH...

    ReplyDelete