My Add

Wednesday 19 September 2012

Muhyiddin terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Turki

PUTRAJAYA, RABU, 19 September, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.

Turut hadir ialah Ketua Kabinet Turki, Enes Fatih Comez, Pemangku Ketua Pengarah Setiausaha Bahagian Perbendaraan Turki, Evren Dilekli, Duta Besar Mutlak dan Istimewa di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, Seraap Atay dan Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, Gunay Babadongan Ertan. 

Ali Babacan adalah dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Terdahulu itu, beliau menyampaikan syarahan awam mengenai kewangan Islam dalam era baru perubahan ekonomi global sempena Forum Kewangan Islam Global (GIFF) yang dihoskan oleh Bank Negara di Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri Turki itu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni di Kementerian Kewangan di sini sebelum berlepas pulang malam ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment