My Add

Monday 24 September 2012

Najib adakan taklimat tertutup bersama Ahli Parlimen BN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Sept.ember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan majlis taklimat tertutup dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen di sini.

Taklimat tertutup kira-kira 45 minit yang bermula pada pukul 8.45 pagi itu dihadiri Ahli Parlimen daripada parti-parti komponen BN termasuk jemaah menteri.

Selepas mesyuarat, Najib beredar bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima di Parlimen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment