My Add

Friday 21 September 2012

NED salur dana hampir RM20 juta kepada pelbagai NGO, agensi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 SeptEMBER, 2012: National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011.

Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.

Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan.

NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan 'sejumlah kecil sumbangan' kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment