My Add

Friday 14 September 2012

Nirmala sedikit terencat akal, cederakan diri sendiri - peguam

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 September, 2012: 14 Sept. - Bekas majikan Nirmala Bonat, Yim Pek Ha wajar dibebaskan daripada tuduhan mencederakan bekas pembantu rumah warganegara Indonesia itu kerana kecederaan yang dialaminya adalah hasil perbuatan sendiri, demikian Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Salah seorang peguam yang mewakilinya, Akbardin Abdul Kader berhujah, mahkamah terdahulu gagal memberi pertimbangan bahawa Nirmala mengalami sedikit terencat akal yang menyebabkan dia cenderung mencederakan dirinya.

Peguam bela berhujah, ia ditambah dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksinya bagi mematahkan pembelaan yang menyatakan kecederaan itu hasil perbuatan sendiri.

Akbardin turut menghujahkan, pihak pendakwaan juga gagal memanggil dan menawarkan kepada pihak pembelaan seorang saksi penting yang mengenalinya sejak kecil bagi memberi keterangan berhubung tahap pemikiran Nirmala.

Terdahulu, seorang lagi peguam, Datuk Jagjit Singh berhujah, tuduhan yang dihadapi oleh Pek Ha tidak sempurna kerana ia tidak menyatakan secara tepat masa kejadian menyebabkan pihaknya tidak dapat mengemukakan alibi bagi menyokong kes pembelaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Clement Allan Skinner yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim kemudian menetapkan 1 Oktober depan bagi penghujahan pihak pendakwaan.

Pada 3 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara daripada 18 tahun kepada 12 tahun terhadap Pek Ha atas tiga tuduhan mencederakan Nirmala. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment