My Add

Saturday 22 September 2012

Pairin bertanding buat kali terakhir dalam pilihan raya umum ke-13

KOTA KINABALU, SABTU, 22 September, 2012: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi pilihan raya terakhir Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertanding sebagai wakil rakyat.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), memberi alasan keputusan dibuat memandangkan tugas sebagai wakil rakyat memenatkan.

"Pada pilihan raya seterusnya (PRU-14), saya tidak akan bertanding lagi.

Jadi semua orang seharusnya gembira dengan keputusan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pendidikan Lalu Lintas Shell 2012 peringkat negeri di sini, hari ini.

Pairin, 72, yang merupakan Anggota Parlimen kawasan Keningau dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tambunan, berkecimpung secara aktif dalam bidang politik sejak 1975.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mempertahan dua kerusi Parlimen dan DUN tersebut, beliau menjawab secara berseloroh: “Begitulah tu!" - BERNAMA

No comments:

Post a Comment