My Add

Thursday 20 September 2012

Pekerja pasar borong dipenjara rompak suri rumah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Seorang pekerja di sebuah pasar borong hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merompak seorang suri rumah warga Indonesia membabitkan kerugian RM2,800, dua minggu lepas.

Hisaruddin Mohd, 30, yang kelihatan tenang, mengucapkan terima kasih sambil tersenyum selepas Hakim Datuk Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu terhadapnya.

Hisaruddin, yang berasal dari Bandar Pusat Jengka, Pahang didakwa merompak sebuah telefon bimbit bernilai RM800 dan dua bentuk cincin emas berharga RM2,000 milik Zahara Mutia,30, di dalam lif Wisma Hock Ann, Jalan Hj Hussien, Dang Wangi di sini pada 12 tengah hari, 10 September lepas.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment