My Add

Friday 21 September 2012

Pelakon saman penerbit filem kontroversi

LOS ANGELES, KHAMIS, 20 September, 2012: Pelakon wanita dalam filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan di beberapa negara, menyaman suspek penerbit filem itu kerana menipunya sehingga membuatkannya percaya filem yang dibintanginya itu adalah mengenai zaman purba Mesir.

Cindy Lee Garcia (gambar) adalah seorang daripada tiga pelakon filem Innocence of Muslims yang tampil dan mengaku ditipu sejak tercetusnya bantahan ganas di negara-negara Islam di Asia Barat, Afrika dan Asia sejak minggu lalu.

Garcia mengemukakan saman itu di Mahkamah Los Angeles atas tuduhan pencerobohan privasi, penipuan, fitnah dan menyebabkan tekanan emosi.

Saman itu disasarkan kepada Nakoula Basseley Nakoula, seorang rakyat Mesir beragama Kristian Qibti yang tinggal di Los Angeles dan mengakui menerbitkan filem terbabit.

Media AS berkata, Nakoula menulis dan menerbitkan filem anti-Islam itu dengan menggunakan nama samaran Sam Bacile.

Garcia turut menyaman YouTube dan pemilik laman web itu, Google, kerana mengeluarkan sedutan filem amatur tersebut yang telah dialih suara ke bahasa Arab dan dibuat bagi menunjukkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan.

"Bacile memaklumkan kepadanya bahawa filem itu adalah mengenai pengembaraan di zaman purba Mesir," menurut saman terbabit.

Garcia turut berusaha mendapatkan injunksi tetap untuk menarik balik video itu dari YouTube dan menyatakan kerjaya serta reputasinya telah musnah. - AFP

No comments:

Post a Comment