My Add

Thursday 20 September 2012

Pemandu lori dibelasah selepas ragut beg wanita

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 20 September, 2012: Berang begnya diragut, seorang gadis nekad mengejar penjenayah terbabit sebelum dibantu orang ramai yang berjaya memberkas lelaki itu dalam kejadian di Kampung Paya Lima Mas, di sini Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu juga turut dibelasah orang ramai dalam insiden pukul 10.30 malam tersebut.

Kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa ketika gadis berusia 20 tahun itu baru pulang daripada membeli makanan bersama ibunya dengan menaiki sebuah motosikal, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Suspek yang menunggang motosikal menghampiri mangsa dan melarikan beg yang diletak dalam bakul motosikal mangsa menyebabkan mangsa dan ibunya bertindak mengejar suspek.

"Mangsa dan ibunya yang berusia 50-an itu sempat meminta bantuan orang kampung untuk mengejar peragut itu," katanya.—BERNAMA

No comments:

Post a Comment