My Add

Monday 24 September 2012

Pengawal keselamatan didakwa tipu setiausaha syarikat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Seprember, 2012: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang setiausaha syarikat swasta membabitkan RM10,500 pada Mac lepas.

Adam Hussin, 33, didakwa menipu Wan Rosilah Abu Hashim, 46, dengan curang mendorong mangsa menyerahkan RM10,500 untuk tujuan pembayaran wang bagi pembelian sebuah kereta Honda Civic, yang mana dia tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan.

Dia dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Maybank, Jalan P.Ramlee, Dang Wangi di sini pada 9.49 pagi 12 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment