My Add

Tuesday 25 September 2012

Penggunaan kuasa veto patut dielak - Anifah Aman  

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Penggunaan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) patut dielakkan dalam situasi membabitkan jenayah seperti pembunuhan kaum, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan pencabulan secara serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hak asasi manusia.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata demikian pada mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-67 Perhimpunan Agung PBB mengenai kedaulatan undang-undang di peringkat nasional dan antarabangsa, di New York, semalam.

"Apa yang kita perlu lakukan apabila mereka yang bertanggungjawab terus mencabuli undang-undang antarabangsa dan tidak mengendahkan keputusan-keputusan PBB? PBB sepatutnya mengambil keputusan terhadap ketidakpatuhan itu dan menguatkuasakannya tanpa mengira siapa mereka. Tiada siapa yang mengatasi undang-undang," katanya dalam kenyataan yang dihantar ke Bernama.
Anifah berkata hanya dengan cara itu sahaja akan membolehkan badan antarabangsa itu menghentikan jenayah berkenaan daripada terus dilakukan, mengakhiri keadaan di mana pelaku tidak dikenakan hukuman, mendukung kedaulatan undang-undang dan menjadikan PBB sebagai badan yang relevan d

"Besar atau kecil, kuat atau lemah, kedaulatan undang-undang sepatutnya terpakai kepada semua," katanya.

Anifah berkata pengukuhan kedaulatan undang-undang di peringkat antarabangsa amat penting khususnya dalam situasi sering berlaku pencabulan undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata Malaysia menekankan kepada empat perkara bagi pengukuhan kedaulatan undang-undang di peringkat antarabangsa.

Perkara berkenaan ialah komitmen terhadap orde antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa; kewajipan masyarakat antarabangsa untuk menguatkuasakan undang-undang antarabangsa secara tidak memilih; tanggungjawab semua negara untuk mengelakkan daripada mengancam atau menggunakan tentera dan menyelesaikan pertikaian secara aman, menghormati prinsip kesamarataan kedaulatan, integriti kawasan; dan tiada campur tangan.

Anifah menegaskan Malaysia terus mengambil pelbagai langkah untuk menambah baik undang-undangnya dengan prinsip-prinsip demokrasi, kesamarataan daripada aspek undang-undang dan mengutamakan fitrah keadilan.

"Menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dengan Akta Kesalahan-kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 menunjukkan bahawa walaupun kerajaan komited untuk memastikan keselamatan sentiasa dilindungi tetapi pada masa yang sama, hak asasi orang ramai dijamin," katanya.

No comments:

Post a Comment