My Add

Thursday 20 September 2012

Penyebaran surat layang bukti pembangkang kian terdesak: Najib

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang begitu terdesak dengan menyebarkan fitnah menjelang berlangsungnya pilihan raya kampus di negara ini.

Perdana Menteri berkata, baru-baru ini beliau dimaklumkan bahawa terdapat sekeping surat bertulis nama Presiden UMNO yang dihantar kepada Reaktor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Professor Zaleha Kamarudin mengenai pelantikan Datuk Professor Musa Hitam sebagai reaktor baru UIA.

"Dalam surat berkenaan, dinyatakan bahawa pelantikan Musa adalah bagi membantu dan memastikan kemajuan serta kejayaan kumpulan mahasiswa pro aspirasi dalam mengangkat martabat perjuangan bangsa dan negara.

"Surat berkenaan adalah palsu semata-mata dan ia disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi serta UIAM sendiri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn di sini, petang ini.

Najib berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pembangkang berada dalam tekanan dan sanggup menyebarkan fitnah untuk menghasut pelajar supaya membenci kerajaan. - BH

No comments:

Post a Comment