My Add

Wednesday 26 September 2012

Perang Pas-DAP berpanjangan

Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Pertelingkahan antara Pas dan DAP berhubung isu hudud terus berlarutan apabila bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menarik balik kenyataannya menolak pelaksanaan hukum itu.

Berbeza dengan pemimpin kanan Pas lain yang lebih senang membisu berbanding menyanggah kenyataan terbaru daripada Guan Eng, Nasharudin yang baru kembali dari Mesir berkata, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas bercanggah dengan kesepakatan yang dicapai pakatan pembangkang.

Menurut beliau, Guan Eng tidak patut campur tangan hal dalaman rakan komponen pembangkang seperti yang dipersetujui bersama sebelum ini.

"Pas tetap dengan pendirian bahawa hukum hudud adalah wajib dan merupakan tanggungjawab kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah jelaskan sebelum ini bahawa hudud kewajipan dan bukannya satu pilihan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment