My Add

Monday 24 September 2012

Perbalahan halang kemenangan

KUANTAN, ahad, 23 September, 2012: Kegagalan UMNO di peringkat bahagian untuk menyelesaikan segala perbalahan yang wujud akan mengundang padah menjadi penghalang kepada Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, segala permasalahan yang dihadapi perlu diselesaikan dengan segera tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Setiap bahagian yang bertelagah sesama sendiri perlu menyelesaikan isu tersebut kerana kini bukan masanya lagi bercakaran atau bertelagah sesama ahli tetapi merapatkan lagi barisan sedia ada serta bersatu padu bersama parti komponen yang lain.

"Suka atau tidak tapi inilah masanya untuk kita rapatkan barisan, sekiranya kita tidak lakukannya sekarang, negara akan menimpa nasib yang sama seperti di Asia Barat iaitu pertelagahan yang berpunca daripada politik," katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment