My Add

Tuesday, 25 September 2012

Perkenalkan sistem pajak rumah

 Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Syarikat-syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu membantu kerajaan menangani isu lonjakan harga rumah yang mendadak ketika ini yang menyebabkan ramai kalangan rakyat tidak mampu memilikinya.

Seorang bekas jurutera awam yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah, Sharuddin Shaari mencadangkan GLIC dan GLC untuk mengkaji menggunakan skim anuiti yang menghentikan penjualan rumah, sebaliknya memberi pajakan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Beliau yang sedang membuat kajian mengenai perkara itu berkata, projek tersebut perlu dijayakan oleh GLC seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd. (PNB), syarikat-syarikat kemajuan negeri dan majlis agama negeri yang boleh bertindak sebagai pemaju. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment