My Add

Sunday 23 September 2012

Perlu bayar cukai pendapatan - Anuar Shaari 

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 September, 2012: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) digesa memastikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membayar cukai atas semua pendapatan yang diterima daripada pertubuhan asing terutama Open Society Institute (OSI) yang diasaskan penyangak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, ini termasuk penerimaan dana daripada National Endowment for Democracy (NED) iaitu pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan dipimpin seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

''Ini kerana sudah pasti anggota Suaram diberi imbuhan yang amat lumayan untuk menjadi tali barut Yahudi dan 'najis' masyarakat.

''Oleh itu, kita mengesa pihak LHDN memastikan mereka membayar cukai atas semua pendapatan yang diterima daripada George Soros dan lain-lain,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment