My Add

Thursday 27 September 2012

Peruntukan tambah anggota polis

PUTRAJAYA, RABU, 26 September, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon peruntukan mencukupi dalam Bajet 2013 bagi menambah bilangan anggota polis, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, peruntukan tersebut penting untuk membolehkan pihaknya meneruskan kejayaan fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) Bidang Keberhasilan Utama Negeri (NKRA) mengurangkan jenayah.

Dalam fasa kedua tersebut, kata Hishammuddin, tumpuan akan diberikan kepada jenis jenayah dan kawasan yang lebih luas serta penglibatan menyeluruh pihak berkepentingan dalam usaha mencegah jenayah.

“Peralihan trend perlakuan jenayah daripada jenayah jalanan kepada jenayah ganas, gangsterisme dan lokasi-lokasi tumpuan baru penjenayah seperti di tempat letak kereta, pusat membeli-belah dan kawasan-kawasan perumahan menuntut jumlah anggota yang mencukupi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment