My Add

Wednesday 26 September 2012

PM luang masa ziarah Norizan

*NAJIB Tun Razak bertanya sesuatu kepada Pengarah Hospital Ampang, Datin Dr. Aishah Ahmad Makinuddin selepas melawat Norizan Ali di wad ICU hospital berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Ketua Pemuda UMNO bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali (gambar) yang dimasukkan ke Hospital Ampang setelah parah ditikam berdekatan rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang disini kira-kira 3.30 pagi semalam.

Najib tiba di Hospital Ampang pada pukul 6.50 petang dan berada kira-kira 10 minit bersama Norizan, 41, di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis telah merakamkan keterangan lima saksi berhubung kes itu.

Katanya keterangan itu diambil daripada isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, anak, jiran serta dua lagi individu yang mempunyai hubungan dengan mangsa.

“Siasatan masih dijalankan daripada pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif dan punca serangan selain meneliti kesemua maklumat yang direkodkan.

“Polis bagaimanapun belum mengambil keterangan daripada mangsa kerana beliau masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas menjalani pembedahan semalam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.

Menurut Tun Hisan, polis menyiasat kes itu berdasarkan pelbagai perspektif termasuk latar belakang mangsa khususnya dalam politik, perniagaan, hubungan dengan rakan sekerja dan orang luar.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika menyamun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment