My Add

Saturday 22 September 2012

Polis hanya memantau, tidak terlibat secara langsung kes Suaram - KPN

SHAH ALAM, SABTU, 22 September, 2012: Polis Diraja Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwa menerima dana asing bagi menjalankan operasi mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun, polis tetap memantau perkembangan kes itu yang kini di bawah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan dengan Ahli Rakan COP Peringkat Negeri Selangor di sini.

Ismail berkata biar pihak berkuasa tertentu menjalankan siasatan dan beliau percaya segala tindakan yang bakal diambil pasti mengikut lunas undang-undang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment