My Add

Friday 14 September 2012

Polis Marin rampas rokok seludup lebih RM269,000 di Tawau

TAWAU, JUMAAT, 14 September, 2012:: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini, merampas 15,030 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM269,548 termasuk cukai yang cuba diseludup ke daerah itu, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, Asisten Superintendan Mohamad Ismail, berkata rokok berkenaan dirampas di kawasan pesisir pantai Batu Payung, Tinagat kira-kira jam 7.30 malam.

"Bertindak atas maklumat orang awam, empat anggota PPM pergi ke kawasan pinggir pantai Batu Payung dan melihat beberapa lelaki berkelakuan mencurigakan. Apabila bot ronda PPM menghampiri lelaki itu dan memperkenalkan diri, kesemua suspek melarikan diri ke dalam semak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan, anggota PPM menjumpai beberapa longgokan bungkusan beg plastik hitam mengandungi pelbagai jenama rokok termasuk Mighty (hijau), Mighty (merah) dan Texas (merah) dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

Mohamad, bagaimanapun berkata tiada suspek yang berjaya ditahan dalam kejadian berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment