My Add

Monday 24 September 2012

PPP mahu tanding di Pulau Pinang

PULAU PINANG, AHAD, 23 September, 2012: PPP yang tidak diperuntukkan sebarang kerusi di negeri ini telah mengemukakan cadangan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di satu kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Presidennya, Datuk Seri M. Kayveas berkata, sudah tiba masanya PPP yang telah lama ditubuhkan itu diberikan peluang berbuat demikian.

Selain itu, jelasnya, peruntukan kerusi itu juga dilihat sebagai pembakar semangat kepada lebih 23,000 ahli PPP negeri dalam memastikan kemenangan BN.

"Kita sudah hantar nama dan tempat bertanding kepada BN, tetapi jika tidak diberikan pun kita tiada masalah dan ini pun bukannya isu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen PPP negeri yang dihadiri lebih 400 perwakilan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment