My Add

Saturday 22 September 2012

Pudu Sentral kini dikenali UTC Kuala Lumpur: Najib

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 September, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata, Pudu Sentral kini dikenali sebagai Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur yang menawarkan kemudahan perkhidmatan setempat di bawah satu bumbung.

Perdana Menteri berkata, transformasi kedua pusat terminal pengangkutan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Pudu Raya sejajar dengan proses transformasi untuk kesejahteraan rakyat. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan berkenaan di sini, sebentar tadi.

UTC kedua selepas Jalan Hang Tuah, Melaka yang dilancar Jun lalu menempatkan 31 agensi kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan badan bukan kerajaan (NGO).

UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan askes kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transfomasi Bandar.

Menerusi UTC itu, warga kota boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain tempat rekreasi, antaranya "wall climbing", studio aerobik dan gelanggang futsal.

Kira-kira 10,000 orang membanjiri UTC Kuala Lumpur bagi menyaksikan pembukaan bangunan itu.  - BH

No comments:

Post a Comment