My Add

Friday 14 September 2012

Rang Undang-Undang Pemindahan Antarabangsa Banduan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 September, 2012:: Rang Undang-Undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 akan dibentang pada sidang Parlimen yang akan bermula 24 September ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Beliau berkata, rang undang-undang itu amat signifikan dalam usaha kerajaan menangani masalah peningkatan jumlah warga asing yang diabaikan dengan hukuman pemenjaraan di negara ini.

"Rang undang-undang itu membolehkan banduan warga Malaysia yang ditahan di luar negara dibawa balik untuk menjalani baki hukuman di negara ini.

"Sementara warga asing yang ditahan di Malaysia pula boleh dihantar pulang ke negara asal untuk menjalani baki hukuman," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, pemindahan banduan itu akan dilaksanakan melalui hubungan dua hala kedua-dua negara yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian bagi melaksanakan pemindahan banduan antara negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment