My Add

Friday 21 September 2012

Ribuan umat Islam bantah hina nabi di seluruh negara

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 September, 2012: Ribuan umat Islam mengadakan perhimpunan secara aman di beberapa lokasi di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap filem anti-Islam, "Innocence of Muslims" hari ini.

Di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, kira-kira 1,000 umat Islam terdiri ahli-ahli parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan berhimpun selepas sembahyang Jumaat bagi menyuarakan rasa dengan penyiaran filem tersebut.

Sementara itu, Jalan Tun Razak di sini sesak teruk apabila kira-kira 5,000 orang mengadakan bantahan serupa di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Perhimpunan itu bermula di hadapan bangunan Tabung Haji sebelum mereka berarak menuju kedutaan itu kira-kira pukul 2 petang.

Di PULAU PINANG, hujan lebat ternyata tidak menghalang kira-kira 500 umat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk parti politik dan NGO berhimpun di dua buah masjid di sini.

Mereka berkumpul di Masjid Melayu Lebuh Aceh dan Masjid Shaik Eusoff, Jalan Datuk Keramat selepas solat Jumaat.

Sambil membawa poster yang mengutuk pihak yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan, mereka juga meluahkan rasa marah di atas penghinaan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment