My Add

Thursday 20 September 2012

ROS dilarang masuki pejabat Suaram 

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
*PENGARAH Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai menunjukkan borang yang diberikan pegawai ROS selepas mendengar penjelasan beliau mengenai butir-butir syarikat di pejabat Suaram, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 19 Sept. - Sekumpulan pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini dilarang daripada memasuki pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Jalan Gasing di sini, untuk mendapatkan dokumen bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Pasukan terdiri daripada empat pegawai ROS dan dua anggota polis itu tiba di premis tersebut pukul 11.55 pagi namun dihalang kakitangan Suaram daripada memasuki pejabat.

Menurut Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, ROS diberi mandat untuk menjalankan siasatan ke atas Suaram yang tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment