My Add

Friday 14 September 2012

Sayap UMNO perlu kembalikan kekuatan parti: PM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan kesemua sayap UMNO untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, anggota setiap sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan penting untuk menentukan kelangsungan Umno sebagai parti yang berwibawa.

"Kita amat menghargai peranan, khidmat bakti dan sumbangan setiap sayap Umno. Kalau semua mainkan peranan, saya percaya kita dapat laksanakan dasar yang inklusif dan berkesan meliputi semua kelompok masyarakat.

"Jika kita benar-benar menyelami lubuk hati mereka, itu akan menjadikan kita parti dan pemimpin yang dekat dengan semua golongan dalam negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang tadi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut hadir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment