My Add

Wednesday 26 September 2012



Selesai tuntutan secara diplomatik

*AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan Ding Yi Ping sambil diperhatikan Abdul Aziz Jaafar (kiri) dan Katsutoshi Kawano (kanan) pada Simposium Tentera Laut Pasifik Barat Ke-13 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Isu pertindihan tuntutan sempadan maritim yang sedang dihadapi China dan Jepun sewajarnya diselesaikan secara diplomatik dan bukannya melalui aktiviti ketenteraan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua negara terbabit boleh menggunakan pendekatan bilateral dalam usaha menyelesaikan isu tuntutan kepulauan Diaoyu.

''Kita memerhatikan apa yang berlaku di Jepun dan China dari jauh dan berharap isu ini diselesaikan secara baik," katanya selepas merasmikan Simposium Tentera Laut Pasifik Barat (WPNS) Ke-13, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment