My Add

Friday 21 September 2012

Selesaikan proses ambil alih syarikat konsesi air

NANNING, KHAMIS, 20 September, 2012: China 20 Sept. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu menyelesaikan sendiri proses mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu jika mahu menstruktur semula pengurusan bekalan air.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana perkara itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat sebaliknya ia harus diselesaikan oleh kerajaan negeri dan syarikat-syarikat berkenaan secara rundingan.

Menurutnya, perkara itu telah beliau jelaskan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi sepucuk surat semalam bagi menjawab semua isu mengenai air yang dibangkitkan oleh kerajaan negeri berkenaan sebelum ini.

"Saya telah dilantik oleh Kabinet untuk mencari jalan selesaikan masalah itu dan semalam saya hantar surat kepada kerajaan negeri menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan Abdul Khalid termasuk soal dia nak ambil alih semua syarikat konsesi supaya dia dapat struktur semula bekalan air di Selangor.

"Dia mohon kerajaan Pusat campur tangan. Saya jelaskan satu persatu, kerajaan Selangor ada ikatan dan perjanjian dengan semua syarikat konsesi, mereka harus selesaikan secara rundingan atas dasar persetujuan antara pembekal dan pembeli," katanya selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-19 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid bahawa kerajaan Selangor akan meneruskan langkah menstruktur semula perkhidmatan bekalan airnya jika Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak memberi jawapan terhadap surat yang dihantar mengenai perkara itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh ia dihantar iaitu 14 September lalu.

Empat syarikat konsesi air di Selangor ialah Syarikat Pengeluar Air Berhad, Konsortium Abbas, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Puncak Niaga.

Menurut Muhyiddin, proses mengambil alih syarikat-syarikat konsesi itu akan mengambil masa lama dan jika gagal diselesaikan, barulah ia dibawa ke peringkat kedua iaitu kerajaan Pusat bertanggungjawab mengambil alih aset di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Katanya, menerusi surat itu juga, beliau menjelaskan kepada Abdul Khalid mengenai pentingnya Selangor membantu menyelesaikan isu berkaitan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). - UTUSAN

- utusan

No comments:

Post a Comment