My Add

Thursday 20 September 2012

Serangan seksual: JKTN serbu klinik swasta

DUNGUN, KHAMIS, 20 September, 2012 Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menyerbu sebuah klinik swasta di bandar ini, susulan laporan serangan seksual membabitkan pembantu perubatan di klinik itu.

Serbuan pukul 11 pagi itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar dan beberapa pegawai penguat kuasa dari Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertujuan menyiasat sama ada klinik tersebut mengambil pekerja tidak berkelayakan sehingga berlaku serangan seksual.

Pengarah JKNT, Dr. Anwa Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan serbuan dan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM300,000.

Katanya, ketika serbuan itu, JKNT juga merakamkan kenyataan petugas di klinik tersebut. Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 24 tahun mendakwa diserang secara seksual oleh pembantu perubatan lelaki ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.—BERNAMA

No comments:

Post a Comment