My Add

Thursday 20 September 2012

Suaram dakwa Ismail Sabri campur tangan siasatan SSM

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau menyalah guna kuasa, campur tangan serta mempengaruhi siasatan dan berniat jahat terhadap entiti tersebut.

Koordinatornya, R. Thevarajan berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat sama ada wujud campur tangan serta salah guna kuasa oleh Ismail Sabri dalam siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment