My Add

Sunday 23 September 2012

Suaram dicabar perjelask dana kewangan

MEDAN, SABTU, 22 September, 2012: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dicabar untuk menafikan pertubuhan itu menerima sumbangan kewangan daripada Open Society Institute yang diasaskan oleh penyangak mata wang antarabangsa, George Soros.

Cabaran itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu Suaram tampil menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai dana yang diterima mereka.

"Saya cabar suaram nafikan mereka terima wang daripada Open Society Institute yang dipunyai oleh Soros.

"Mereka tidak boleh menafikan menerima wang kerana sudah ada perjanjian antara Open Society dengan Suaram," kata Ismail Sabri kepada wartawan selepas merasmikan Paviliion Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan akhbar kelmarin mengenai dana asing yang diterima secara konsisten Suaram sejak 2005 hingga 2011 iaitu sebanyak RM1.6 juta daripada National Endowment for Democracy (NED) dan RM845,835 daripada Open Society Institute (OSI) yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment