My Add

Sunday 23 September 2012

Suaram perlu berani jika mereka telus - Zahid Hamidi

RAUB, SABTU, 22 September, 2012: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sepatutnya berani dan telus berhadapan siasatan pihak berkuasa seperti mana kerajaan yang terbuka memberi penjelasan walaupun berulang kali terhadap perkara yang dibangkitkan mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, sebagai sebuah pertubuhan yang sering menuntut kepada ketelusan Suaram tidak perlu bimbang dengan siasatan yang dijalankan kecuali mahu menyembunyikan sesuatu.

"Saya sendiri telah jelaskan isu dibangkitkan Suaram berulang kali termasuk di Dewan Rakyat, siap menunjukkan dokumen rasmi berkaitan tetapi mereka apabila berdepan siasatan pihak berkuasa, tidak pun menunjukkan ketelusan.

"Kita tahu apabila pegawai Pendaftar Syarikat dan Pendaftar Pertubuhan ke pejabat Suaram, mereka tutup pintu, gunakan peguam. Sepatutnya mereka berani untuk telus. Berbeza dengan kita yang buka segalanya untuk menunjukkan tidak berlaku penyelewengan. Sepatutnya mereka juga kena berani dari mana sumber mereka," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment