My Add

Wednesday 26 September 2012

Suspek utama rompakan RM1.23 juta diberkas

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

TAIPING, RABU, 26 September, 2012: Selepas lebih seminggu menjadi buruan polis, seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak rakan sekerjanya sebelum melarikan enam beg berisi wang RM1.23 juta akhirnya diberkas malam tadi.

Suspek ditahan kira-kira pukul 11 malam di kawasan hutan berbukit di Kampung Syed Omar, Perlis oleh anggota pasukan khas Polis Perak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan keletihan di hutan tersebut tanpa sebarang bekalan makanan selepas dipercayai bersembunyi di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui wang tunai RM7,250 dan mata wang Thailand bernilai 550 baht (RM54) bersama suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai memasuki Thailand melalui laluan tikus di sempadan negara sebelum masuk semula ke Malaysia beberapa hari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment