My Add

Sunday 23 September 2012

Suu Kyi tak layak terima anugerah

 *SUU Kyi bersama penerbit muzik, Quincy Jones (kiri); bekas Setiausaha Amerika Syarikat, Henry Kissinger dan bekas Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Orang Pelarian, Sadako Ogata (kanan) selepas dianugerahkan Pingat Global Citizen di New York, kelmarin.

WASHINGTON, SABTU, 22 September, 2012:: Aktivis Rohingya, Dr Habib Siddiqui, menegaskan, pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, tidak layak diberi anugerah tertinggi Kongres Amerika Syarikat, Pingat Emas Kongres, kerana mengambil sikap berdiam diri dan mengelak ketika krisis terbaru melanda etnik Rohingya.

Di dalam surat terbuka kepada senator dan anggota Kongres Amerika, Siddiqui, berkata Suu Kyi tidak serius memperjuangkan hak asasi manusia atau demokrasi sebaliknya kekal fanatik dan penganut Buddha Myanmar yang bersifat perkauman, sama seperti rejim yang mengenakan tahanan dalam rumah ke atasnya.

Beliau juga mendesak Kongres Amerika tidak menarik balik sebarang sekatan perdagangan dengan Myanmar sehingga ada perubahan ketara yang memberi kesan positif kepada kehidupan penduduk Islam Rohingya dan minoriti lain di negara itu, selain menjamin kerakyatan mereka dan memastikan kesaksamaan hak dan keistimewaan dikembalikan.

Siddiqui berkata di dalam sejarah Myanmar, perkauman dan ketaksuban sudah ditakrifkan dan tiada tempat untuk penganut agama lain selain Buddha di negara yang mempunyai 56 juta penduduk ini.

Sekadar gimik

“Usaha pembaharuan di Myanmar, yang digerakkan Presiden Thein Sein, hanya sekadar gimik bagi mendorong penarikan sekatan terhadap Myanmar, yang memerlukan wang tunai untuk keluar daripada menjadi negara paling miskin di ASEAN.

“Pembebasan Suu Kyi bertujuan membolehkan beliau bertindak sebagai utusan dan itu sebenarnya yang dilakukan oleh tokoh pembangkang itu iaitu mempromosikan fanatik agama Buddha. Di negara Myanmar yang baru ini, tiada tempat untuk penduduk berlainan keturunan, latar belakang etnik dan agama,” katanya. 

Beliau berkata, Myanmar tidak layak mendapat sebarang faedah daripada Amerika kerana minoriti seperti Rohingya diiktiraf tiada negara berdasarkan undang-undang perkauman, Undang-Undang Kerakyatan Burma 1982.

Hasil projek negara ke arah pembersihan etnik, separuh daripada empat juta penduduk Islam Rohingya diusir dari negara itu sejak 1962 dan kini tinggal sebagai pelarian tidak dikehendaki di negara seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia, Arab Saudi, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). - AGENSI

No comments:

Post a Comment